Nick Powell akan bersara daripada Univar Solutions; Dr. Larry Ryan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Ingredients + Specialties

News originally published by

GlobeNewswire

DOWNERS GROVE, Illinois, Nov. 23, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- Univar Solutions LLC (“Univar Solutions” atau “Syarikat”), penyedia penyelesaian global terkemuka untuk pengguna ramuan khusus dan bahan kimia, hari ini mengumumkan bahawa Nick Powell, Ketua Pegawai Eksekutif Ingredients + Specialties (I+S), akan bersara pada hujung tahun 2026 selepas berkhidmat lebih 35 tahun dalam industri kimia dan hampir dua dekad bersama Univar Solutions. Sebagai sebahagian daripada perancangan peralihan kepimpinan, Dr. Larry Ryan akan menyertai Univar Solutions sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Ingredients + Specialties berkuat kuasa 1 Disember 2026. Kedua-dua pemimpin akan bekerjasama sepanjang bulan Disember bagi memastikan peralihan berjalan lancar untuk pekerja, pelanggan, pembekal dan pihak berkepentingan lain.

“Nick telah memberikan sumbangan yang luar biasa kepada Univar Solutions,” kata David Jukes, Pengerusi Eksekutif Univar Solutions. “Visi, kepimpinan komersial dan pemahaman mendalam beliau tentang industri kami telah membantu membangunkan Ingredients + Specialties menjadi perniagaan yang kukuh dan mempunyai keunikan tersendiri seperti yang jelas kelihatan hari ini. Beliau meninggalkan legasi penting serta sebuah perniagaan yang berada di landasan yang kukuh untuk terus berkembang. Saya amat menghargai kepimpinan, nasihat dan persahabatan beliau serta mendoakan kebahagiaan buat Nick dan keluarganya.”

Powell menyertai Univar pada tahun 2009 dan memegang pelbagai jawatan kepimpinan merentas perniagaan syarikat di Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia Pasifik. Pada tahun 2020, beliau melancarkan dan menerajui Consumer and Industrial Solutions di peringkat global, dengan menggabungkan portfolio bahan kimia dan ramuan yang tersendiri berdasarkan pasaran akhir keutamaan, sekali gus mewujudkan asas bagi bahagian Ingredients + Specialties hari ini.

"Peluang untuk berkhidmat selama hampir dua dekad bersama Univar Solutions serta bekerjasama dengan begitu ramai rakan sekerja, pelanggan dan rakan kongsi pembekal yang berbakat merupakan satu penghormatan bagi saya," kata Powell. “Saya berbangga dengan pencapaian yang telah kita bina bersama dan yakin terhadap masa depan Ingredients + Specialties. Saya menantikan peluang untuk bekerjasama dengan Larry bagi memastikan peralihan yang lancar.”

Ryan membawa pengalaman kepimpinan global selama hampir tiga dekad merentasi sektor bahan kimia khusus, bahan termaju dan pasaran perindustrian. Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai Presiden Nouryon dengan tanggungjawab ke atas perniagaan bahan kimia khusus global syarikat tersebut. Ryan juga pernah memegang jawatan kepimpinan kanan di Dow dan DowDuPont serta pernah berkhidmat di Halliburton dan General Electric. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Kimia dari University of Massachusetts Amherst dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D.) dalam Kejuruteraan Kimia dari University of Delaware.

“Larry menggabungkan kepakaran saintifik dan teknikal yang mendalam dengan pengalaman luas dalam kepimpinan komersial dan global,” kata Jukes. “Beliau memahami inovasi, kepentingan menjalin kerjasama kukuh dengan pelanggan dan pembekal serta keupayaan yang diperlukan untuk menerajui organisasi kompleks melalui fasa pertumbuhan dan transformasi. Saya yakin beliau merupakan pemimpin yang tepat untuk meneruskan usaha memperkukuh asas yang telah kita bina.”

“Saya berbesar hati dapat menyertai Univar Solutions dan menerajui Ingredients + Specialties,” kata Ryan. “Nick dan pasukannya telah membangunkan sebuah perniagaan yang kukuh, disokong oleh tenaga kerja berbakat serta hubungan kerjasama yang cemerlang dengan pelanggan dan pembekal. Saya menantikan peluang untuk bekerjasama dengan Nick sepanjang tempoh peralihan ini dan meneruskan usaha berasaskan asas kukuh tersebut ketika kita melangkah ke fasa seterusnya.”

Perihal Univar Solutions
Univar Solutions ialah pengedar global terkemuka bagi bahan kimia khusus dan ramuan, mewakili portfolio unggul daripada pengeluar terkemuka dunia. Dengan salah satu armada pengangkutan persendirian terbesar dalam industri, pasukan jualan teknikal yang berpengalaman, kepakaran logistik yang tiada tandingan, pengetahuan mendalam mengenai pasaran dan peraturan, keupayaan pembangunan formulasi dan kaedah, serta alatan digital terkemuka, Syarikat berada pada kedudukan yang kukuh untuk menawarkan penyelesaian tersuai dan perkhidmatan nilai tambah kepada pelbagai pasaran, industri dan aplikasi. Dalam memenuhi tujuan untuk membantu komuniti kekal sihat, berkhasiat, bersih dan selamat, Univar Solutions komited membantu pelanggan dan pembekal berinovasi serta memberi tumpuan kepada “Growing Together”. Ketahui lebih lanjut di univarsolutions.com.

Kenyataan Berpandangan Ke Hadapan
Komunikasi ini mengandungi “kenyataan berpandangan ke hadapan” di bawah undang‑undang yang berkenaan berhubung perkara kewangan dan operasi yang berkaitan dengan perniagaan Syarikat. Kenyataan berpandangan ke hadapan lazimnya dapat dikenal pasti melalui penggunaan perkataan seperti "percaya," "menjangka," "mungkin," "akan," "sepatutnya," "boleh," "berusaha," "berhasrat," "merancang," "menganggarkan," "mengantisipasi" atau istilah lain yang setara. Semua kenyataan berpandangan ke hadapan dalam komunikasi ini tertakluk kepada bahasa amaran ini.

Kenyataan berpandangan ke hadapan tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian yang diketahui dan tidak diketahui, yang kebanyakannya berada di luar kawalan Syarikat, yang boleh menyebabkan jangkaan tidak tercapai atau boleh menjejaskan perniagaan, kedudukan kewangan, keputusan operasi atau aliran tunai Syarikat secara material dan negatif. Walaupun kenyataan berpandangan ke hadapan dibuat berdasarkan andaian yang dianggap munasabah oleh pihak pengurusan, kami memberi amaran bahawa maklumat berpandangan ke hadapan yang dibentangkan dalam komunikasi ini bukanlah jaminan terhadap peristiwa atau hasil masa depan, dan bahawa peristiwa atau hasil sebenar mungkin berbeza secara material daripada yang dinyatakan atau disarankan oleh maklumat berpandangan ke hadapan dalam komunikasi ini. Untuk maklumat tambahan mengenai faktor yang boleh menjejaskan Syarikat, sila rujuk laporan tahunan terkini dan laporan kewangan lain Syarikat, termasuk maklumat di bawah tajuk “Faktor Risiko.” Sebarang kenyataan pandangan ke hadapan hanya mewakili pandangan Syarikat setakat tarikh komunikasi ini dan tidak boleh dianggap sebagai pandangan Syarikat selepas tarikh tersebut. Syarikat tidak mempunyai sebarang kewajipan, kecuali sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang, untuk mengemas kini sebarang kenyataan pandangan ke hadapan.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di:

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/4328301a-d744-42ca-966d-4c796d4affd4

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/733f068f-3183-489f-b7ac-58fe664fe427


UNTUK MAKLUMAT TAMBAHAN:

Perhubungan Media
Dwayne Roark 
+1 331-777-6031
mediarelations@univarsolutions.com

Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share this page:

Advanced Search Options

Search for:

Search scope:

Type:

Search in:

Date range:

The last

Sort by:

Sign up for:

Hong Kong Business Reporter

The daily local news briefing you can trust. Every day. Subscribe now.

By signing up, you agree to our Terms & Conditions.